Show Mobile Navigation

Featured Video

Wawasan

Search results

Friday, October 11, 2013

Manfaatkan Haji Guna Teknologi

Aditya - 5:49 PM


Berkumpulnya jemaah haji di Mekah pada musim haji merupakan salah satu daripada perhimpunan ummah paling besar di dunia. Dilaporkan lebih 3 juta jemaah berkumpul setiap tahun di Mekah, Arab Saudi setiap kali musim haji.



Setiap umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam kelima ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ramai yang telah menyempurnakan kewajipan ini menyatakan bahawa perjalanan tersebut merupakan yang paling penting dalam hidup mereka. Menurut laporan Tabung Haji, antara tahun 2010 – 2013 sahaja, lebih 82 000 rakyat Malaysia telah mengerjakan ibadah ini.

Menurut Zalinda Zainon selaku Pengurus Komunikasi Intel Malaysia dan Singapura, setiap ibadah boleh dimanfaatkan dengan teknologi selaras dengan ilmu pengetahuan yang menjadi kunci kejayaan umat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Menuntut ilmu ialah kewajipan setiap umat Islam." - Al-Tirmidhi, Hadis 74. Agar perjalan haji lebih khusyuk dan nyaman, jemaah kini boleh mengumpulkan maklumat dan bersiap sedia sebelum memulakan perjalanan agar ibadah haji lebih lengkap demi mendapatkan haji yang mabrur denan menggunakan teknologi yang semakin canggih dan mudah.

Buku panduan atau peta mungkin menyukarkan pergerakkan sewaktu menunaikan ibadah haji: gunakan peranti kegemaran anda, sama ada tablet, telefon pintar, Ultrabook atau peranti 2 dalam 1 yang dipacu oleh cip Intel. Teman kembara terbaik itu boleh dilengkapi dengan segalanya yang diperlukan sepanjang perjalanan anda termasuk:


  • Jaminan kualiti prestasi

  • Reka bentuk kecil dan ringan: muat ke dalam mana-mana beg

  • Hayat bateri luar biasa1

  • Kemudahan. Peranti 2-dalam-1 ada yang dilengkapi papan kekunci boleh ditanggalkan 2; menjadi tablet sekiranya anda perlu dan komputer riba jika itu yang anda mahu.


Mendapatkan maklumat tentang keperluan logistik, amalan, tempat untuk menunaikan ibadah dan senarai prosedur pelepasan pasport kini lebih mudah dengan bantuan peranti mudah alih pilihan anda. Anda mungkin tidak sangka bahawa terdapat banyak aplikasi pada masa kini yang menyediakan panduan langkah demi langkah untuk membantu anda membuat persiapan dan memberi bimbingan tentang perkara wajib yang perlu dilakukan semasa menunaikan Haji.






Aplikasi dalam Google Play Maklumat yang disediakan oleh aplikasi
‘Hajj & Umrah’

  • Maklumat dan garis panduan lengkap supaya anda boleh menyempurnakan semua ibadah wajib semasa menunaikan fardu Haji dan Umrah.

  • Menyediakan senarai semak dan peringatan tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa perjalanan.


‘Manasek Al Hajj’

  • Menyediakan maklumat terperinci tentang setiap peringkat Haji.

  • Memberikan panduan tentang apa yang patut dijangkakan, keperluan dan peringatan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.


‘Hajj & Umrah Guide’

  • Menyediakan garis panduan padat ibadah yang perlu dikerjakan setiap hari.

  • Menyediakan ceramah audio dan video penuh maklumat yang dirakamkan di Masjidil Haram.







Aplikasi pada Windows Store Maklumat yang disediakan oleh aplikasi
‘Hajj and Umrah’

  • Menyediakan peta dan petunjuk ke tempat yang penting di Mekah dan Madinah.

  • Memaparkan semua agensi kembara di negara anda dan membolehkan anda memberi penarafan dan ulasan terhadap mereka.

  • Mencari rakan, ahli keluarga dan kumpulan anda sendiri sekiranya anda terpisah daripada mereka.

  • Tandakan lokasi atau hotel anda untuk mencari jalan pulang.


‘Pray Time’

  • Pemberitahuan waktu solat berasaskan lokasi anda.



Sudah berkurun-kurun lamanya, jemaah telah mengembara menunaikan Haji, merintis jalan ke Baitullah saban tahun, menimba pengalaman dan memudahkan perjalanan masa kini dengan memetakan laluan yang membolehkan jemaah lain mengerjakan Haji mereka. Bagi jemaah moden, apa salahnya jika anda melalui pengembaraan yang bakal mengubah kehidupan ini dengan mengikuti jejak langkah pengembara awal tersebut dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang apa yang bakal dihadapi. Memandangkan peranti kini lebih mampu dimiliki dan capaian kepada Internet semakin luas – kehidupan insan pasti lebih bermanfaat dari segenap segi, termasuklah dalam bidang agama. Bagi umat Islam yang berniat menunaikan Haji, inilah masa yang terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri utama peranti tersebut; untuk menjadikan kehidupan anda lebih mudah, lancar dan lebih baik.

0 comments:

Post a Comment